Kelab Reformasi Universiti-keADILan

Edisi MESTI BACA - Pandangan
.
.
MUST READ Edition - Opinions
Ahad /Sunday, April 18, 1999

KRISIS EKONOMI: RAKYAT SEMAKIN MISKIN

Oleh Hassan Karim
Ketua Pemuda PRM

Sah sekarang bahawa krisis ekonomi yang melanda Malaysia telah
menyebabkan rakyat semakin miskin dan susah hidup mereka.

Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 5 April menjelaskan
kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia meningkat tujuh peratus
pada tahun 1998 ekoran krisis ekonomi. Kadar kemiskinan pada tahun1997
ialah 6.1%.

Krisis ekonomi telah menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup. Peluang
pekerjaan terjejas. Ramai pekerja diberhentikan kerja. Pendapatan
pekerja yang masih bekerja berkurangan. Ramai buruh kilang, misalnya
tidak ada kerja lebih masa.

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada golongan rakyat berpendapatan
rendah dan miskin apabila kadar inflasi meningkat sekarang ini. Indeks
Harga Pengguna (IHP) bagi barang pengguna telah meningkat 4.5% bagi
tempoh bulan Januari dan Februari tahun ini. Antara barang pengguna
yang
meningkat ialah makanan, perbelanjaan rawatan dan perubatan serta bahan
api.

Inilah kesan dari dasar ekonomi yang tempang dan songsang yang
dilaksanakan oleh kerajaan BN di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad,
dalam tempoh 18 tahun beliau memerintah.

Dasar-dasar penswastaan Mahathir bergerak tak terkawal. Kronisme dan
nepotisme bercambah dan berkembang sebagai parasit ekonomi. Pembangunan
projek-projek mewah dan mega seperti KLIA, Putrajaya, Mahligai Perdana
Menteri, Menara Kembar Petronas yang dilaksanakan satu demi satu dalam
waktu terdekat malah ada yang dibangunkan serentak telah membebankan
ekonomi negara.

Korupsi dan penyelewengan juga menjadikan negara rugi. Misalnya dalam
kes Syarikat Perwaja, negara rugi hampir 10 bilion ringgit. Tiga bilion
kerana rugi dalam operasi, dan tujuh bilion lagi rugi kerana tanggung
hutang.  Semuanya berpuncaa kerana rasuah dan penyelewengan. Semuaini
menyumbang kepada kemusnahan ekonomi Malaysia. Akibatnya rakyat juga
yang tanggung. Semakin ramai rakyat jadi miskin dan menderita sekarang.

Wan Azizah Corner PictureSebagai rakyat yang patriotik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa negara kita keluar dari kemelut sekarang. Maruah negara perlu dikembalikan. Arang yang terconteng di muka bangsa Malaysia perlu dibersihkan. Nama Malaysia perlu diharumkan kembali, iaitu negara yang mempunyai rakyat yang berani berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan." Datuk Seri Anwar
Wan Azizah Corner PicturePolitical parties andnon-government organisations must work together and set aside their differences in orderto free Malaysia from continuing stranglehold of crisis and oppression....Our party is prepared to sacrifice its own interests inorder to achieve the larger goal of forging a credible alternative to the Barisan Nasional  (National Front),"   " Dr. Wan Azizah

KRU-keADILan Home - Links - keADILan Official Website

 

Ke ArahkeADILan

We need your FEEDBACK ! E-mail us now !
Hakcipta � 1999 Jabatan Penerangan Pusat, Kelab Reformasi Universiti - keADILan.
Semua Hak Terpelihara.

E-mail : [email protected]